Fluent Design System | |
---|---|
Nama lain |
|
Pembuat asal | Microsoft |
Pembangun | Microsoft |
Pelancaran pertama | 2017 |
Ditulis dalam | Objective-C, C#, TypeScript, Kotlin, Swift, JavaScript |
Pelantar | Android, iOS, MacOS, Windows |
Pendahulu |
|
Jenis | Design language, perisian |
Genre | Perangkat lunak bahasa desain |
Lesen | MIT License |
Pautan berkaitan | |
Tapak web | developer |
Repositori |
|
Pautan lain | |
sunting · sunting di Wikidata |
Sistem Fluent Design (dengan nama kod Project Neon),[5] secara rasmi dilancarkan sebagai Sistem Fluent Design Microsoft,[6] ialah bahasa reka bentuk yang dibangunkan pada tahun 2017 oleh Microsoft. Fluent Design ialah perubahan dari Microsoft Design Language (dikenal sebagai "Metro") yang mencakupi pedoman untuk reka bentuk dan interaksi dalam peranti mudah alih yang direka untuk semua peranti dan platform Windows 10. Sistem ini berdasarkan kepada lima komponen utama: Cahaya, Kedalaman, Gerak, Material, dan Skala.[7] Pada pembaharuan terakhir reka bentuk ini juga banyak memanfaatkan penggunaan gerakan, kedalaman, dan kesan tembus cahaya yang lebih menonjol.[8]
Peralihan ke Fluent Design ialah projek jangka panjang. Aspek dari reka bentuk ini mula muncul di Windows 10 bermula dengan pembaharuan "Fall Creators Update" yang dikeluarkan pada Oktober 2017, serta pembaharuan untuk peranti mudah alih sistem Xbox One yang dikeluarkan bersamanya.[9][10][11][12] Sistem reka bentuk ini kemudian diutarakan untuk direka bersama dengan Windows 10X,[13] di samping pembaharuan Windows 10 pada masa depan yang akan menggunakan reka bentuk serupa.[14]